Wednesday, 20 April 2016

Tempat menarik di Chukai Kemaman

 Bandar Kemaman, Terengganu nih terletak tak jauh dari Cherating, lebih kurang 8 km sahaja dari resort aku menginap. Memandangkan tak jauh mana, rasa rugi plop klu dok gi jengoh semetar hehehe...kecek ganu plak dah... first tempat aku pi adalah Kuala Kemaman, lepak2 dkat pesisiran pantai Kuala Kemaman, tak jauh dri sini ada pelantaq ikan LKIM Kuala Kemaman, klu nak bli hasil laut fresh murah2 ble la pi situ waktu pagi.Nak ke sini tak susah, klu dri arah Cherating tu ada papan tanda arah ke Kuala Kemaman, belok kanan di trafik light simpang tiga selepas Masjid Geliga.
Sepanjang jalan ke Kuala Kemaman kita akan dihidangkan banyak gerai2 tepi jalan yang menjual satar, kepok lekor, otak2, pais dan lain-lain. Tapi gerai yang agak terkenal dengan hidangan satar adalah di Warung Aziz Satar, walaupun nama sama dgan Allaryarham Datuk Aziz Satar tapi depa berdua mmg takdak kena mengena heheheh... selain hidangan intimewa satar (10 biji Rm 5.00) di sini juga ada juadah nasi campur, kepok lekor (10 batang kecik Rm 4.00),otak-otak(10 biji Rm 5.00) (sini panggil otok-otok), pulut panggang, pais yg pelbagai (harga ikut jenis cam dlm gambaq)cam pais ikan bakaq, pais sotong, pais udang dan pais ikan pari. Bagi aku satar dia mmg the best, tapi kalu otak-otak tu kurang sikit sebab banyak sangat tulang.
Tapi kalau nak rasa otak-otak yg mabeles bole mai sini, di Warung Otak-Otak Che Wan, yang terletak di Jalan nak menghala ke Pantai Teluk Mak Nik (Selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga). Otak-otak kat sini lain sikit dri otak-otak yg penah aku rasa, otak2 kat sini dia letak isi ikan seketul dibalut bersama rempah otak2, selalu yg aku biasa makan otak2 nih isi ikan dia blend sekali dgan rempah tu, tapi kat Warung Che Wan nih lain sikit, kita ble rasa isi ikan kat dalam tu. Selain otak2 aku syorkan pekena ikan celup tepung depa, mmg ranggup, kna plak goreng panaih2 mmg tinggal tulang temulang ja la ikan tu, kepok lekor dia pun sedap, mmg berbaloi la mai sini . Harga makanan sini otak-otak 10 biji Rm 5.00, satar 10 biji Rm 5.00, kepok lekor Rm 4.00 sepinggan, pulut panggang Rm 2.00 sepinggan, pais ikan Rm 5.00 sepinggan dan ikan celup tepung Rm 5.00 seekor (bergantung pada saiz ikan).
Selepas mengenyangkan diri aku pun bwak la hero-hero aku main pasiaq pantai di Pantai Teluk Mak Nik, pantai peranginan nih terletak sebelah INTIM (Intan Kampus Wilayah Timur),sepanjang  pantai nih dipagari dengan pokok2 rhu dan keadaan laut dia agak bergelora sikit, tak sesuai untuk mandi manda. Aku ada jugak terjumpa jejak penyu naik ke pantai, mungkin sini jadi salah satu lokasi labour room buat spesis2 penyu nih untuk berteloq.
Di Sepanjang jalan ke Pantai Teluk Mak Nik nih juga terdapat banyak gerai jualan hasil laut dri kepok  lekor, kepok kering, satar frozen, otak2 frozen, ikan masin, ikan masam, ikan bilis dan berbagai lagi lah yg bole kita pilih sebab aku nampak bermacam-macam cap yang berlainan di setiap kedai, yg bole dibawa balik sebagai ole-ole dri wilayah ini yang mmg terkenal dengan hasil lautnya.

Sumber Credit To : Tempat menarik di Kemaman, Terengganu

0 comments:

Post a comment